alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua kembali dalam blog ini..hari ini aku ingin menceritakan tentang abah dan umi aku. mereka telah banyak berkorban untuk aku dan adik beradikku sehingga hari ini. ketika kecil lagi kami telah dilimpahi dengan kasih sayang seorang abah dan umi. mereka menjaga kami seperti menatang minyak yang penuh. segala kesesusahan yang dialami mereka dapat diubati dengan tawa ria anak-anak mereka. tiada yang dapat membahagiakan mereka selain anak-anak mereka. setiap kali abah balik dari kerja dengan menaiki motor kapcai buruknya itu dengan wajahnya yang hangus di bakari oleh cahaya matahari, kami akan menyambut abah dengan perkataan "abah dah balik"..segala penat lelah bekerja pada hari itu telah hilang sekelip mata oleh panggilan anak-anaknya. umi pula tidak jemu menyediakan makanan untuk kami supaya kami tidak lapar walaupun kesihatannya tidak sihat. biar kakinya bengkak disebabkan terlalu lama berdiri melakukan kerja sekalipun, makan minum kami tetap terjaga. begitu besar pengorbanan mereka kepada kami. kini kami dah besar, kami akan menjaga abah dan umi seperti mana abah dan umi menjaga kami. insyaallah kami akan menghantar abah dan umi ke tanah suci kelak.itu janji kami..
inilah potret aku bersama-sama pelengkap hidupku, abah dan umi yang telah banyak berkorban untuk aku dan adik beradikku supaya menjadi manusia berguna kelak. abah selalu berpesan agar aku jangan lupa solat di universiti agar segala kerjaku dipermudahkan oleh-Nya. akan ku hargai saat-saat bersama abah dan umi dan aku tidak akan mempersiakan abah dan umi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment