Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini..Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang perkara yang tak dapat di lupakan walaupun seminit..
Apa yang saya tahu, semua orang mempunyai perkara yang tak dapat di lupakan. Begitu juga saya yang mempunyai perkara yang demikian.hehehehe...
1) Motosikal kesayangan saya di curi orang
Saat ni paling sedih sebab motosikal ni adalah hadiah daripada abah saya. Sampai saat ni saya masih tak percaya yang motosikal tu dah hilang. kejadian ni berlaku kat kolej 14 pada tahun 2009..(rasa-rasa nak nangis pulak..sob3..)
2) Tak dapat hadiri pengebumian arwah atuk
Kejadian ni berlaku sebab saya tak dapat dihubungi oleh ahli keluarga saya..kenapa???kejadian ni belaku masa saya tingkatan 4 kalau tak silap..Pada malam sebelum atuk saya meninggal, telefon saya telah dicuri oleh manusia yang bertopengkan syaitan..huhhh..masa tu saya tinggal di asrama. pada keesokan harinya iaitu hari kematian atuk adalah minggu balik bagi asrama.. saya tak balik rumah tapi pergi rumah kawan..semua orang telah cari saya tapi tak jumpa.saya balik kerumah pada petang kejadian dan mengetahui tentang kematian atuk saya..perasaan masa tu memang sebak sebab tak dapat tengok atuk buat kali terakhir..
3) Baju raya hadiah daripada atuk
Kejadian ni sedih juga sebab hadiah baju raya ni sebelum atuk meninggal..baju tu berwarna coklat..Atuk cakap dia nak tengok saya pakai baju tu ketika raya..jadi saya tunaikan permintaan atuk..saya telah pakai baju tersebut pada hari raya puasa..
4) Berjumpa dengan seorang yang istimewa..
huhuhuuhu..(gelak sikit),,saya telah berjumpa insan ni pada tahun 2005. Masa tu saya tengah berlatih hoki untuk Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM)..Bagi saya dia merupakan orang yang istimewa sebab pertemuan itu tidak disangka-sangka hingga ke hari ini..5) Dapat mewakili Kelantan dalam SUKMA Melaka.
Rasa tersangat gembira sebab terpilih untuk wakili negeri ke kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Melaka dalam acara hoki..perkara ni memang tak dapat di lupakan kerana ia sangat manis kerana saya memang teringin untuk bermain di SUKMA..ALHAMDULILLAH!!! apa yang menarik lagi saya berjumpa insan yang saya sebut di atas tadi di Melaka..nama dia tutttttt..hehehehe..
No comments:
Post a Comment