Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini.Hari ni saya nak berkongsi tentang sejarah Aidiladha..mungkin ramai yang tidak tahu tentang sejarah Aidiladha..oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sejarah tersebut memandangkan kita sedang menyambut hari yang mulia ini iaitu HARI RAYA AIDILADHA. sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat pensyarah BBK 3408 Dr Normaliza dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Mungkin ada yang tidak tahu mengapa kita menggunakan lembu untuk korban.jawapannya kerana Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Apa yang istimewa lagi tentang Aidiladha ialah ibadat korban dimana di negara kita menggunakan lembu. ibadat korban ini akan berlaku selama 4hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Perkara ini dilakukan kerana untuk memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha
No comments:
Post a Comment