p/s: adikku jangan bersedih ye..walaupun kamu bukan yang terbaik di sekolah mahupun di dunia ini..tetapi kamu adalah yang terbaik di mata umi abah dan adik beradik kita..diharap kamu terus melangkah tangga-tangga kejayaan agar segala yang diimpikan selama ini tercapai..INSYAALLAH..
Thursday, 21 March 2013
Adikku Hairie Azam
Salam semua..dah lama kita tak bersua ye...hari ni aku nak bercerita sikit tentang adikku yang bernama Hairie Azam ni..Umur berapa??adikku ni dah berumur 18tahun kalau tak silap..hari ni dalam sejarah keluarga aku, adikku ni dapat 7A dalam SPM..tak pernah lagi dalam keluarga aku dapat keputusan gempak seperti tu.masa PMR pon dia juga yang dapat paling tinggi dalam keluarga aku..6A..masa percubaan hari tu, adikku ni dapat 8A tapi bila keputusan sebenar dapat 7A..dia agak kecewa dengan keputusan yang dia perolehi..apa-apa pon, aku bangga dengan adikku sorang ni..aku harap dia bukan saja berjaya dalam ilmu DUNIA tetapi berjaya juga ilmu AKHIRAT..ok semua...nanti ak muat naik gambar adikku Hairie ni untuk tatapan semua..Alhamdulillah YA ALLAH atas segala pemberianMU terhadap kejayaan adikku..AMIN.
Wednesday, 15 February 2012
GAMBAR-GAMBAR KAT LUMUT!!!!
Friday, 10 February 2012
LUMUT LAGI!!!
Semalam aku samapai ke Lumut lagi..badan ni rasa letih lagi sebab 5 jam aku bawak keta dari Kelantan ke Perak..kali ni aku bawak umi, angah, adik bongsu dan anak buah aku ke sini..aku datang ke Perak ni sebenarnya bukannya nak makan angin tapi ada tujuan..hehehe..tapi bila dah ada tujuan tu, boleh la makan angin jugak..bak kata pepatah sambil menyelam minum air..heee...kali ni aku datang sebab nak hantar adik aku kat UPSI esok..korang ingat tak tentang adik aku dulu yang temuduga UPSI dulu???Alhamdulillah...adik aku dah dapat temuduga tu..esok pagi-pagi lagi kena bertolak dari lumut ke tanjung malim..oklah semua..
Monday, 16 January 2012
KU TAK BISA HIDUP TANPAMU
Sampai di hari perhitungan pun
engkau takkan kulupakan
akan ku jaga seumur riwayatku
beribu puisi kuuntaikan untukmu
ingin ku slalu memiliki kamu
kutakkan pernah sakitimu lagi
ku ingin menjadi pelengkap hidupmu
ku ingin melindungi dirimu
tak akan pernah kuabaikan lagi
kumohon temanilah aku
jangan pernah luntur
disepanjang hayatmu
ku mohon temanilah aku
pimpinlah tanganku
menuju kebahagiaan
kehilanganmu sungguh perit bagiku
lemah hidupku terasa tanpa kamu
genggam janjiku dan jangan kau lepaskan
kerana ku tak sanggup hidup tanpa cintamu
Wednesday, 11 January 2012
22 TAHUN MELAYARI BAHTERA
Shakila Aida
12 Januari kembali lagi
Tarikh yang sinonim dengan diri
Menjadi hangat seperti api
Kerana hari yang dinanti
Shakila Aida
Dua tugas telah menanti
menjadi hamba pada yang Esa
menjadi khalifah pada Alam Al-kabir
tunaikan sebaiknya
Shakila Aida
semoga hari ini bermakna buatmu
agar menjadi seseorang yang berilmu
dapat menjalankan tanggungjawabmu
dengan usaha terbaik termampu
Shakila Aida
kumenadah telapak tangan untukmu
memohon dari penciptamu
agar dipanjang umurmu
dimurahkan rezeki mu
dan permudahkan urusanmu
Shakila Aida
selamat menerokai umur baru
selamat datang ke impian baru
ucapan yang bertalu
selamat hari lahir sayangku
dari insan yang menyayangimu
Friday, 30 December 2011
jalan-jalan kat LUMUT...
hari ni aku pergi jalan-jalan jap kat lumut..tapi panas la.makin hitam la aku jawabnya..hehehe..perasan putih la pulak..hitam-hitam aku pun,anak buah aku panggil " pak uteh "...k la..apa-apa pun, jom tengok gambar ni..
surfina |
aku,kakak,umi dan anak buah |
idham,kakak,umi dan surfina |
idham dan anak buahnya |
aku dan irsyad |
kakak dan umi |
umi dan surfina |
Thursday, 29 December 2011
LUMUT PERAK!!
akhirnya aku dah sampai di Lumut..perjalanan aku dari kelantan ke lumut ni mengambil masa 5jam..lama la jugakkan???hehehe..ni la kali pertama aku jejak kaki ke rumah kakak aku yang sulung..besar jugak rumah dia ni..
tadi aku baru lepas keluar dengan adik aku, pergi ronda-ronda kat lumut jap..esok nak bawak umi aku aku sekali..leh la lepa-lepak dengan family kat sana jap..hilang stress..hahaha..apa-apa hal pun,aku masih tak ulangkaji pun lagi..aduhaiiii adammm..nape la engkau tak blaja-blaja lagi..exam dah dekat...hehehe
ok la..tatata
tadi aku baru lepas keluar dengan adik aku, pergi ronda-ronda kat lumut jap..esok nak bawak umi aku aku sekali..leh la lepa-lepak dengan family kat sana jap..hilang stress..hahaha..apa-apa hal pun,aku masih tak ulangkaji pun lagi..aduhaiiii adammm..nape la engkau tak blaja-blaja lagi..exam dah dekat...hehehe
ok la..tatata
Subscribe to:
Posts (Atom)