-->

biCaRa biSu

pErkeNalaN yAnG teRjaLin aKaN meMbaWa sEjuTa keNanGan yaNg paLing beRmaKna daLam HiDup

selamat datang ke AdamRazakBlog...
orang sedang membaca..hye hye

Sunday, 27 November 2011

Malaikat Tak Masuk Rumah Ada Patung Binatang dan Manusia

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapa jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ni..hari ni saya nak berkongsi sedikit kepada anda semua tentang tajuk di atas.


ISLAM melarang meletakkan patung manusia, binatang atau objek lain di rumah. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tuan punya gambar ini akan diseksa pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya: ‘Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat tidak akan masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar (patung).’” (Hadis riwayat Bukhari)


Hanya dalam keadaan tertentu patung dibenarkan seperti yang diriwayatkan dalam hadis bahawa Jibril a.s. pernah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk masuk rumahnya, kemudian kata Nabi kepada Jibril: “Masuklah! Tetapi Jibril menjawab: ‘Bagaimana saya hendak masuk sedang di dalam rumahmu ada cadar dinding yang penuh gambar! Tetapi kalau kamu mahu terus menggunakannya, maka putuskanlah kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar (tikar lantai). (Hadis riwayat Nasa’i dan Ibnu Hibban)


Ia hendaklah tidak sempurna sehingga tidak nampak dibesarkan dan dimuliakan. Begitu juga dengan patung mainan kanak-kanak, ia dibenarkan kerana bukan dibesar-besarkan. Manakala lukisan benda hidup seperti manusia dan binatang tidak dibenarkan menurut hadis di atas tetapi lukisan pemandangan alam masih dibenarkan. Gambar daripada kamera diharuskan apabila mematuhi ajaran agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan lukisan yang melakar ciptaan sendiri.


Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi kamera. Cara itu sedikitpun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995: 117).
Posted by Ramdhan Razak at 08:29 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 21 November 2011

BBK 3408 2011 G-FORCE PRODUCTION ( TANDAS)


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini..hari ini saya ingin berkongsi sebuah video kepada anda semua. ini adalah video ketiga yang telah dihasilkan dari saya dan ahli kumpulan yang lain.. pada kali ini, vdeo yang dihasilkan bukan untuk cover lagu tetapi vdeo yang senyap dan dalam situasi takut. jadi kami telah memilih untuk menghasilkan video yang bertajuk TANDAS yang mengisarkan tentang kejadian seram..untuk mengetahui lebih lanjut, tontonlah TANDAS..semoga terhibur..
Posted by Ramdhan Razak at 20:52 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BBK 3408 2011 - G-FORCE PRODUCTION (COVER CINTA MUKA BUKU)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini..hari ini saya ingin berkongsi sebuah video kepada anda semua. ini adalah vdeo kedua yang telah saya dan ahli kumpulan yang lain telah hasilkan..videoini adalah cover untuk lagu Cinta Muka buku yang dinyanyikan oleh Najwa Latif..kami telah melukis beberapa sketsa untuk tatapan semua..semoga anda semua terhibur..
Posted by Ramdhan Razak at 20:51 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BBK 3408 2011 G-FORCE PRODUCTION (COVER KISAH HATI)




Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini..hari ini saya ingin berkongsi sebuah video kepada anda semua.ini adalah video pertama yang telah saya dan ahli kumpulan yang lain telah hasilkan..video ini telah dihasilkan untuk melepasi syarat lulus dalam subjek BBK 3408..video ini telah mendapat tunjuk ajar dari Dr Normaliza bt Abdul Rahim. video ini merupakan cover untuk lagu Kisah Hati nyanyian Alyah..semoga anda terhibur
Posted by Ramdhan Razak at 20:40 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 16 November 2011

9 mimik muka baru

Posted by Ramdhan Razak at 14:24 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 5 November 2011

Hari Raya Aidiladha



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini.Hari ni saya nak berkongsi tentang sejarah Aidiladha..mungkin ramai yang tidak tahu tentang sejarah Aidiladha..oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sejarah tersebut memandangkan kita sedang menyambut hari yang mulia ini iaitu HARI RAYA AIDILADHA. sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat pensyarah BBK 3408 Dr Normaliza dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Mungkin ada yang tidak tahu mengapa kita menggunakan lembu untuk korban.jawapannya kerana Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Apa yang istimewa lagi tentang Aidiladha ialah ibadat korban dimana di negara kita menggunakan lembu. ibadat korban ini akan berlaku selama 4hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Perkara ini dilakukan kerana untuk memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

buat kawan-kawan seperjuangan, datanglah ke rumah saya untuk menjamu juadah daging yang telah di sediakan oleh saya sendiri..

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha
Posted by Ramdhan Razak at 23:32 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 2 November 2011

kalendar Adam Razak gemok!!!

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini..hari ni saya nak tunjuk kepada anda semua kalendar yang telah di siapkan..Kalau anda semua nak tau, lappy saya telah rosak..semua kalendar yang telah disiapkan berada di dalam lappy tersebut. Ni adalah kalendar yang telah dibuat secara bersungguh-sungguh walaupun terpaksa menebalkan muka pinjam lappy bdk tu tapi tak tau la dapat di terima atau tak oleh DrNotts..Apa-apa pon kalendar ni adalah yang terbaik daripada Adam budak gemok..

kenapa warna jadi cmni???
Posted by Ramdhan Razak at 09:02 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My photo
Ramdhan Razak
View my complete profile

Sahabat!

pembaca setia;)

HOT ENTRIES

  • kalendar Adam Razak gemok!!!
  • Raja Aisyah Sulaiman
  • KU TAK BISA HIDUP TANPAMU
  • GAMBAR-GAMBAR KAT LUMUT!!!!
  • Cara-cara menggunakan Movie Maker
  • Adikku Hairie Azam
  • (no title)
  • 22 TAHUN MELAYARI BAHTERA

sembang bersama;)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (28)
    • ►  December (8)
    • ▼  November (7)
      • Malaikat Tak Masuk Rumah Ada Patung Binatang dan M...
      • BBK 3408 2011 G-FORCE PRODUCTION ( TANDAS)
      • BBK 3408 2011 - G-FORCE PRODUCTION (COVER CINTA MU...
      • BBK 3408 2011 G-FORCE PRODUCTION (COVER KISAH HATI)
      • 9 mimik muka baru
      • Hari Raya Aidiladha
      • kalendar Adam Razak gemok!!!
    • ►  October (11)
    • ►  September (2)

My Blog List

  • Suatu Lakaran Idea
    شعر سوداني حزين جدا يبكي : صور حزينة مكتوب عليها عبارات حزينة , الم من القلب - صور حزينه : شعر سوداني حزين (ابراهيم الدندراوي ــ البشير) · شعر سوداني حزين عن الشوق · شعر سوداني حزين جدا قصيدة البت الضاعت في الجامعة (شيطان الغرام) الشاعر .
    3 years ago
  • DrNotts
    Them Lot
    5 years ago
  • REALITI KEHIDUPAN
    Sajak Feminisme?
    11 years ago
  • .Elyzatul Nastaysah.
    year 2013 :)
    12 years ago
  • Segalanya Bermula D'Sini
    Hari ney...aku BoSAN...(*,*)
    13 years ago
  • SuArA nOrA
    speechless !
    13 years ago
  • DiaRidaRiHati
    Tamat semester 5
    13 years ago
  • tinta hati
    Kenangan Bersama
    13 years ago
  • Sentuhan Kilat
    Pengalaman aku Mengikuti Kelas Dr. Notts
    13 years ago
  • Tentang Aku
    DR.NORMALIZA
    13 years ago
  • ielalycan_bluesky
    Final Exam
    13 years ago
  • Kuras-Kuras Kreatif
  • sana sini situ

jom CHILL dulu;)


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Kelatefc

pelawat yang mabeles!

Powered by Blogger.