-->

biCaRa biSu

pErkeNalaN yAnG teRjaLin aKaN meMbaWa sEjuTa keNanGan yaNg paLing beRmaKna daLam HiDup

selamat datang ke AdamRazakBlog...
orang sedang membaca..hye hye

Monday, 31 October 2011

video yang menggunakan movie maker..


Alhamdullillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini..semalam saya telah tunjukkan kepada anda semua cara-cara menggunakan movie maker..Hari ni saya nak tunjukkan hasil video yang telah siap..selamat menonton..

Posted by Ramdhan Razak at 22:45 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: movie kami

9 mimik muka si Adam geMok!!!

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini..hari ni saya nak tunjuk kepada anda semua hasil kerja yang menggunakan picasa..(tak tahu samada ok ke tak)..saya telah mencantumkan 9 jenis mimik muka saya ke dalam 1 gambar. jadi, anda semua dapat la tengok kesembilan gambar-gambar saya ni kat bawah..selamat bersuka ria...hehehe


p/s : jangan gelak sebab tengok muka yang tak cukup tidur..hehehehe
Posted by Ramdhan Razak at 22:11 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Cara-cara menggunakan Movie Maker


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini..malam ni lepas balik dari Kajang, terus aku buat movie maker sambil tgu si Afzan balik..lepas aku lawat blog Afzan yang berkongsi tentang edit video, aku pun terasa nak juga bekongsi tentang penggunaan movie maker..Jadi ni langkah-langkah yang perlu anda lakukan..
 

 
  import gambar dari folder anda



  import lagu dari folder anda


 
masukkan transition untuk setiap gambar


 
buatkan credits untuk gambar terakhir


 fit to music untuk movie anda untuk sesuai dengan lagu


masukan teks untuk setiap gambar ( terpulang pada editor)



save movie anda 


p/s : selamat mencuba kawan-kawan..
Posted by Ramdhan Razak at 09:44 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pekara Yang Tak Dapat Di lupakan walaupun Seminit!!!!

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini..Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang perkara yang tak dapat di lupakan walaupun seminit..

Apa yang saya tahu, semua orang mempunyai perkara yang tak dapat di lupakan. Begitu juga saya yang mempunyai perkara yang demikian.hehehehe...

1) Motosikal kesayangan saya di curi orang
Saat ni paling sedih sebab motosikal ni adalah hadiah daripada abah saya. Sampai saat ni saya masih tak percaya yang motosikal tu dah hilang. kejadian ni berlaku kat kolej 14 pada tahun 2009..(rasa-rasa nak nangis pulak..sob3..)

2) Tak dapat hadiri pengebumian arwah atuk
Kejadian ni berlaku sebab saya tak dapat dihubungi oleh ahli keluarga saya..kenapa???kejadian ni belaku masa saya tingkatan 4 kalau tak silap..Pada malam sebelum atuk saya meninggal, telefon saya telah dicuri oleh manusia yang bertopengkan syaitan..huhhh..masa tu saya tinggal di asrama. pada keesokan harinya iaitu hari kematian atuk adalah minggu balik bagi asrama.. saya tak balik rumah tapi pergi rumah kawan..semua orang telah cari saya tapi tak jumpa.saya balik kerumah pada petang kejadian dan mengetahui tentang kematian atuk saya..perasaan masa tu memang sebak sebab tak dapat tengok atuk buat kali terakhir..

p/s : sedekahkan Al Fatihah buat arwah..

3) Baju raya hadiah daripada atuk
 Kejadian ni sedih juga sebab hadiah baju raya ni sebelum atuk meninggal..baju tu berwarna coklat..Atuk cakap dia nak tengok saya pakai baju tu ketika raya..jadi saya tunaikan permintaan atuk..saya telah pakai baju tersebut pada hari raya puasa..

4) Berjumpa dengan seorang yang istimewa..
huhuhuuhu..(gelak sikit),,saya telah berjumpa insan ni pada tahun 2005. Masa tu saya tengah berlatih hoki untuk Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM)..Bagi saya dia merupakan orang yang istimewa sebab pertemuan itu tidak disangka-sangka hingga ke hari ini..

5) Dapat mewakili Kelantan dalam SUKMA Melaka. 
Rasa tersangat gembira sebab terpilih untuk wakili negeri ke kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Melaka dalam acara hoki..perkara ni memang tak dapat di lupakan kerana ia sangat manis kerana saya memang teringin untuk bermain di SUKMA..ALHAMDULILLAH!!! apa yang menarik lagi saya berjumpa insan yang saya sebut di atas tadi di Melaka..nama dia tutttttt..hehehehe..

 Itulah semua perkara yang dapat saya ceritakan setakat ni.. Memang banyak perkara lagi yang bermain dalam minda ni tapi mungkin tak cukup pula ruang dalam blog ni kalau saya ceritakan semua..Semua perkara di atas ada yang MANIS dan MASAM..silap pula.. PAHIT..ok..






Posted by Ramdhan Razak at 08:24 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 23 October 2011

Raja Aisyah Sulaiman

                                                                                                             google

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini..Raja Aisyah Sulaiman???siapakah dia??? Raja Aisyah Sulaiman ini sebenarnya ialah cucu kepada Raja Ali Haji yang berasal dari Pulau Penyengat..seperti datuknya juga, beliau juga aktif dalam bidang penulisan..Antara karya beliau ialah Syair Khadamuddin dan Hikayat Syamsul Anuar..itu adalah karya yang terkenal yang telah dikarang olehnya..Beliau adalah pengarang wanita yang ulung sekitar akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20..Keistimewaan Raja Aisyah Sulaiman ini ialah beliau telah menggunakan sikap individualistik dalam karyanya..Ada banyak lagi keistimewaan beliau..saya akan teruskan penceritaan ini selepas saya selesai menyiapkan projek ilmiah saya tentang Raja Aisyah Sulaiman..harap semua bersabar..
Posted by Ramdhan Razak at 20:21 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 19 October 2011

My Life is about J..

Alhmdllah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua di blog yang serba kekurangan ini..hari ini saya ingin menjawab soalan yang ditanya oleh DrNotts..Apa yang saya faham daripada pembacaan blog DrNotts ialah Jasper merupakan kawan DrNotts..saya berkata begitu kerana terdapat dalam tulisan DrNotts yang memberitahu Jasper sedang tersenyum di tepi wanita berbaju merah..orang itu merupakan seorang wanita yang berkulit hitam. manakala John merupakan gelaran bagi seseorang lelaki samada kawan DrNotts ataupun suami ahli keluarga DrNotts sendiri..John juga dipanggil Jonnah..tak tau samada betul atau tidak..
Posted by Ramdhan Razak at 07:54 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 16 October 2011

Gambar-Gambar Multimedia

 Alhamdlillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua aku menulis di blog yang serba kekurangan ini..hari ni aku nk kongsi pengambaran aku dengan kawan-kawan aku untuk subjek multimedia..jom kte layan..



.


aktiviti mendaki bukit antara aku dengan afzan..hehehe

















motor si Afzan pon turut serta dalam pergambaran ini..heheh





aku dan dia..hehehe











 apa la diorang buat ni kan..hehehe




 inilah kumpulan kami..bergaya tak?




ni lagi la bergaya..hahah









kami tengah menghayati keindahan ciptaan Allah S.W.T



















berlatarkan UPM..



















afzan dengan koncu-koncunya..hehe
















Tan, Tin dan Tun..





























 

 






apa la si yaya tu tengah buat ek???
















hensem tak saya??hahaha


tengah tarik si Afzan yang nak terjatuh










kami berikrar bahawasanya kami, akan menyiapkan kerja-kerja Drnotts dengan secepat mungkin..heheheh
Posted by Ramdhan Razak at 10:59 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kerjaku..

berhati-hati ketika membeli kereta

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua saya menulis di blog yang serba kekurangan ini. hari ini saya ingin memberitahu kepada semua umat islam supaya berhati-hati ketika membeli kereta. kenapa saya berkata sedemikian kerana tanpa kita sedar bahawa kereta yang telah kita beli itu terdapat lambang SALIB..Pada pandangan saya, kita sebagai umat islam harus menitik berat tentang agama kita iaitu ISLAM. contoh yang ingin saya mengetengahkan ialah ada individu yang beragama islam memakai pakaian yang berhuruf " t" pun telah dikutuk kerana tidak menghormati agama islam. Oleh itu, saya ingin mengajak umat islam supaya berfikir dan merenung tentang apa yang telah saya perkatakan kerana kereta yang mempunyai lambang salib itu telah berleluasa dan pemilik kenderaan tersebut juga bukan orang lain tapi beragama islam..
Posted by Ramdhan Razak at 05:15 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 6 October 2011

yang sempurnakan ku



alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dapat juga aku menulis di blog yang serba kekurangan ni..hari ni aku tak ada apa yang nak dikongsi..tapi aku nak menceritakan tentang seorang yang telah sempurnakan hidupku hingga menjadi orang yang berguna dan mempunyai cita-cita dan matlamat..oleh kerana dia telah sempurnakan hidup ini, jadi aku telah membuat 1 video untuknya agar dia mengerti bahawa dia telah sempurnakan hidup aku..selamat menonton..
Posted by Ramdhan Razak at 20:31 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 5 October 2011

pelengkap hidupku

alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat jua kita bersua kembali dalam blog ini..hari ini aku ingin menceritakan tentang abah dan umi aku. mereka telah banyak berkorban untuk aku dan adik beradikku sehingga hari ini. ketika kecil lagi kami telah dilimpahi dengan kasih sayang seorang abah dan umi. mereka menjaga kami seperti menatang minyak yang penuh. segala kesesusahan yang dialami mereka dapat diubati dengan tawa ria anak-anak mereka. tiada yang dapat membahagiakan mereka selain anak-anak mereka. setiap kali abah balik dari kerja dengan menaiki motor kapcai buruknya itu dengan wajahnya yang hangus di bakari oleh cahaya matahari, kami akan menyambut abah dengan perkataan "abah dah balik"..segala penat lelah bekerja pada hari itu telah hilang sekelip mata oleh panggilan anak-anaknya. umi pula tidak jemu menyediakan makanan untuk kami supaya kami tidak lapar walaupun kesihatannya tidak sihat. biar kakinya bengkak disebabkan terlalu lama berdiri melakukan kerja sekalipun, makan minum kami tetap terjaga. begitu besar pengorbanan mereka kepada kami. kini kami dah besar, kami akan menjaga abah dan umi seperti mana abah dan umi menjaga kami. insyaallah kami akan menghantar abah dan umi ke tanah suci kelak.itu janji kami..


inilah potret aku bersama-sama pelengkap hidupku, abah dan umi yang telah banyak berkorban untuk aku dan adik beradikku supaya menjadi manusia berguna kelak. abah selalu berpesan agar aku jangan lupa solat di universiti agar segala kerjaku dipermudahkan oleh-Nya. akan ku hargai saat-saat bersama abah dan umi dan aku tidak akan mempersiakan abah dan umi..
Posted by Ramdhan Razak at 09:43 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

aku dimana???

alhamdulillah dapat juga kita bersua semula di blog aku ni..dah lama aku xmenulis dalam blog ni..malam ni aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku di SNOWALK Shah Alam.emmm..apa yang menarik ialah tempat tu cantik, kreatif seperti aku berada di luar negara seperti DrNotts..hehehee..apa-apa pun jom kte enjoy dengan gambar-gambar aku kt sana..layan...

                                                                        











rasa seperti santa plak..hehehe..
                                                                    












hati rasa gembira sebab sampai juga aku

kat ICT..tapi gambar lain tak dapat nak upload

sebab line internet slow..lain kali aku upload plak.
Posted by Ramdhan Razak at 08:58 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My photo
Ramdhan Razak
View my complete profile

Sahabat!

pembaca setia;)

HOT ENTRIES

  • kalendar Adam Razak gemok!!!
  • Raja Aisyah Sulaiman
  • KU TAK BISA HIDUP TANPAMU
  • GAMBAR-GAMBAR KAT LUMUT!!!!
  • Cara-cara menggunakan Movie Maker
  • Adikku Hairie Azam
  • (no title)
  • 22 TAHUN MELAYARI BAHTERA

sembang bersama;)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (28)
    • ►  December (8)
    • ►  November (7)
    • ▼  October (11)
      • video yang menggunakan movie maker..
      • 9 mimik muka si Adam geMok!!!
      • Cara-cara menggunakan Movie Maker
      • Pekara Yang Tak Dapat Di lupakan walaupun Seminit!!!!
      • Raja Aisyah Sulaiman
      • My Life is about J..
      • Gambar-Gambar Multimedia
      • berhati-hati ketika membeli kereta
      • yang sempurnakan ku
      • pelengkap hidupku
      • aku dimana???
    • ►  September (2)

My Blog List

  • Suatu Lakaran Idea
    شعر سوداني حزين جدا يبكي : صور حزينة مكتوب عليها عبارات حزينة , الم من القلب - صور حزينه : شعر سوداني حزين (ابراهيم الدندراوي ــ البشير) · شعر سوداني حزين عن الشوق · شعر سوداني حزين جدا قصيدة البت الضاعت في الجامعة (شيطان الغرام) الشاعر .
    3 years ago
  • DrNotts
    Them Lot
    5 years ago
  • REALITI KEHIDUPAN
    Sajak Feminisme?
    11 years ago
  • .Elyzatul Nastaysah.
    year 2013 :)
    12 years ago
  • Segalanya Bermula D'Sini
    Hari ney...aku BoSAN...(*,*)
    13 years ago
  • SuArA nOrA
    speechless !
    13 years ago
  • DiaRidaRiHati
    Tamat semester 5
    13 years ago
  • tinta hati
    Kenangan Bersama
    13 years ago
  • Sentuhan Kilat
    Pengalaman aku Mengikuti Kelas Dr. Notts
    13 years ago
  • Tentang Aku
    DR.NORMALIZA
    13 years ago
  • ielalycan_bluesky
    Final Exam
    13 years ago
  • Kuras-Kuras Kreatif
  • sana sini situ

jom CHILL dulu;)


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Kelatefc

pelawat yang mabeles!

Powered by Blogger.